Thursday, 2 November 2017

Bersiap untuk hari esok

Image result for kata kata semangatPersiapkan hari ini untuk keinginan hari esokAesop
Untuk sebuah hari baru, buatlah kejutan untuk diri sendiri. Lakukan yang terbaik yang kamu bisa lakukan, seakan besok kamu akan jadi kaya. Persiapkan hari ini, seakan ada sebuah keinginan yang akan kamu wujudkan hari ini.

Buang pikiran negatif dan berjuanglah dengan bahagia hari ini! Buatlah kata kata motivasi hidup terbaik untuk menemanimu berbahagia. Dari sebuah motivasi yang baik, kesuksesan akan muncul.
Kata Kata Motivasi Hidup - Kutipan Confusius
Hidup itu sangat sederhana, tapi kita yang membuat hidup menjadi rumit Confucius
Hidup itu sederhana. Kamu pergi bekerja dan pulang dengan senyum bahagia, itulah hidup. Kamu gagal kemarin tapi kamu tidak menyerah, itulah hidup. Namun sering kali kita membuat hidup menjadi rumit karena mengejar materi duniawi secara berlebihan.
Berhentilah menghubungkan kebahagian hidup dengan materi! Biarlah kata kata motivasi hidup ini masuk dalam hatimu, dan kamu memahami bahwa hidup itu sebetulnya sederhana.

Jangan Pernah berkata Mungkin

Kata Kata Motivasi Hidup - Kutipan Gus dur

Saya tidak berbicara dengan kata mungkinAbdurahman Wahid
Untuk hari baru, jangan mulai dengan keraguan. Jangan katakan ‘mungkin saya bisa melakukannya’, tapi katakan ‘saya bisa melakukannya’. Kata ‘mungkin’ membuat semuanya terlihat berat dan mustahil.
Ketika kata kata motivasi hidup dan tekad bersatu dalam diri, anda bisa melakukan hal yang tidak pernah bayangkan. Yakinlah bahwa suatu hari, kata kata motivasi hidupmu akan berubah menjadi kata kata motivasi sukses yang menginspirasi.

Wednesday, 1 November 2017

Here let got your reminder!

assalamualaikum semua dan salam sejahtera:)
harap semua dalam keadaan baik sihat wal alfiat ye.
terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah di blog saya ;')

okay first of all saya nak share sedikit reminder harini.
kita boleh lihat yang sekarang adalah musim final exam bagi setiap kolej , universiti , politeknik ataupun di institusi yang lain.

mesti kita dah penat penat study struggle untuk future life kita kan?
dan mesti ada juga yang rasa down takde semangat nak teruskan sebab banyak dugaan yang dihadapi and etc.

okay macam ni . biasalah semua orang akan ada rasa down , nak give up , letih . Apa cara nak naikkan semangat balik?
Okay ingat balik kenapa kita mula :)
dekat situ mesti akan ada rasa kekuatan untuk bangun semula walaupun betapa perit dan sukarnya kehidupan yang perlu hadapi pada zaman globalisasi ni .

tapi please jangan sesekali mengalah dan menyerah. contohnya
"but it is so hard, i dont wanna sacrifice my sleeping time."

Ingat !

" The pain of hard work, or the pain of regret. You choose ."


Image result for mutiara kata

Friday, 20 October 2017

Petua Mudah Ingat Perkara yang Dipelajari

Image result for kata kata semangat
Assalamualaikum semua :') okay first of all semua orang mesti struggle kan untuk ingat apa yang korang semua dah baca. so here is sedikit tips saya nak kongsikan kepada semua :')

Petua yang pertama ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ kepada apa yang anda mahu anda ingat. Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa.
Petua kedua berbunyi, ‘tukarkan maklumat yang ingin anda ingat kepada gambar’. Dengan menukarkan maklumat kepada gambar, anda lebih mudah ingat berbanding dengan hanya mendengarnya sahaja.
Petua ketiga untuk mudah mengingati sesuatu ialah anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Baca semual buku dan nota itu sepintas lalu. Cuba ingat semula apa maksud tulisan anda itu. Lebih baik lagi, cuba ingat bagaimana cara guru anda menerangkan tentang nota itu. Hasilnya, anda akan ingat lebih lama apa yang anda pelajari.
Petua keempat untuk mudah ingat sesuatu yang dipelajari ialah denganmenjaga masa tidur anda. Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas dan segar. Sebab itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu pagi.
Petua yang kelima untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah anda perlu mempraktikkan apa yang anda pelajari dengan serta merta. Untuk menguasai sesuatu topik atau subjek, ’susah’ hanyalah pada peringkat permulaan. Apabila anda sudah melepasi tahap susah itu, semuanya akan jadi lebih mudah dan selesa.
Petua keenam untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah mudah iaitu, ‘tulis‘.Dengan mencatat atau menulis apa yang baru kita pelajari, kita boleh merujuk kepadanya pada bila-bila masa sahaja.  Kedua, apabila anda menulis apa yang anda pelajari, fikiran anda akan fokus kepada apa yang anda tuliskan itu. 
Petua yang terakhir buat untuk mudah ingat apa yang dipelajari ialah‘mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui’.
“Anda perlu ingat, kebolehan yang ada dalam diri anda tidak terbatas. Apa yang membataskan kebolehan anda adalah diri anda sendiri. Jika selama ini anda rasa anda lemah dan sukar mempelajari sesuatu, hapuskan rasa dan kepercayaan begitu. Mulakan hari ini dengan satu kepercayaan baru bahawa anda juga hebat seperti mana-mana pelajar cemerlang yang lain.”

SERANGAN GEMENTAR DAN CARA MENGATASINYA
  1. Persediaan lebih awal
  2. Kawalan mental melalui latihan
  3. Kawalan fizikal melalui latihan
  4. Bersantai – mental/fizikal
  5. Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan
  6. Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas.
  7. Rehatkan fikiran
  8. Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
  9. Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik

semoga mendapat manfaatnya :')

Image result for petua mudah ingat apa yang dipelajari

Adab Menuntut Ilmu Secara Online

 Hi gaisss.. terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca blog saya ni.. saya hargai sangat :')
so harini sedikit sebanyak saya nak kongsikan tentang adab menuntut ilmu secara online


Ketuk pintu dan beri salam. –?Kalau kita menghubungi seseorang secara online, pastikan kita ketuk pintu dan beri salam dahulu. Maksudnya begini. Kalau kita hantar email,?pastikan ada 3 perkara, tulis tajuk, beri salam dan perkenalkan diri.
Apa yang perlu dilakukan oleh tetamu apabila berada di dalam rumah. Sekarang bayangkan jika kita?menjadi tetamu?di rumah seseorang. Budaya di negara kita amat menghormati tetamu.?Namun ia tidak bermaksud semua tetamu patut dihormati. Ada tetamu yang tidak tahu kasut perlu dibuka apabila hendak masuk ke rumah. Jadi tuan rumah akan memberitahu tetamu itu tentang adat tempatan dengan baik. Selalunya, tetamu akan faham dan membuka kasutnya dengan senang hati (dan mungkin rasa sedikit bersalah kerana tidak tahu adat tempatan dan mungkin telah menyakiti hati tuan rumah tersebut).
Tetapi, bagaimana jika tetamu itu berdegil dan keras kepala tidak mahu membuka kasutnya? ?I don?t care?!?SEUMUR HIDUP I TAK PERNAH BUKA KASUT KALAU MASUK RUMAH TAU! Awak ni perlu berfikiran terbuka sikit!? katanya kepada tuan rumah. Kalau andalah tuan rumah itu, apa anda lakukan? Senyum dan biarkan dia masuk dengan kasut kotornya? Kalau saya, saya halau saja :)? . Hehe? mungkin tidak terus halau tetapi pastinya saya tidak akan benarkan dia masuk ke rumah saya.
Apabila sudah berada di dalam rumah seseorang dan apabila kita bergelar tetamu, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan seperti jangan letak kaki atas meja, jangan terlalu meminta itu dan ini hingga menyusahkan tuan rumah dan jaga bahasa yang digunakan. Di dalam adab menuntut online pula, ketika menulis email atau komen di laman web, elakkan daripada
  • MENGGUNAKAN HURUF BESAR UNTUK SEMUA HURUF! Menggunakan huruf besar memberi gambaran seolah-olah kita sedang meninggikan suara. Ia tidak sepatutnya dilakukan. Tambahan pula, semasa kita belajar di sekolah bermula di tadika dulu, kita sudah diajar di mana patut digunakan huruf besar dan huruf kecil bukan? Jadi, kita perlu aplikasikannya.
  • menggunakan ayat perintah. Ayat perintah maksudnya menyuruh tuan rumah berbuat sesuatu dengan menggunakan ayat perintah. Contohnya, ?emailkan saya ini.?, ?Berikan saya itu.? atau ?sila jawab segera.?
  • Menulis dengan tulisan ringkas walaupun alasan kita sudah terbiasa atau tidak sempat menulis dengan penuh. Ini boleh menjadi tabiat yang sukar dihapuskan.
okay sis rasa setakat ni sahaja adab yang sis dapat bantu . nanti sis update lagi yaa . terima kasih sudi membaca :')


Image result for adab menuntut ilmu secara online

Thursday, 19 October 2017

Pengurusan Masa



  • Image result for kata kata semangatTak banyak tapi ada unuk memberi sedikit sebanyak research ini.

  • jom baca tips pengurusan masa :')






  • 1) Laburkan masa untuk merancang - Terdapat pepatah yang menyatakan; sekiranya kita gagal merancang maka kita sebenarnya merancang untuk gagal. Perancangan sangat penting agar kita dapat terus bertindak berdasarkan apa yang dirancang dan tidak perlu membuang masa. 

    • 2) Tentukan matlamat - Kejelasan matlamat memudahkan manusia mengemudi hidupnya ke arah yang hendak ditujui. 
    • 3) Tentukan keutamaan - Seorang pakar ekonomi Itali, Vilfredo Pareto telah memperkenalkan Prinsip Pareto yang menyatakan untuk berjaya individu perlu menyalurkan 80 peratus masa dan tenaganya bagi melaksanakan 
    •  yang suka melakukan perkara yang betul mementingkan keberkesanan manakala orang yang suka melakukan sesuatu secara yang betul mementingkan prosedur. Kedua-dua aspek adalah penting. Walau bagaimanapun, lebih banyak masa dapat dimanfaatkan dengan bijak sekiranya keberkesanan diutamakan. 
    • 20 peratus perkara utama dalam hidupnya. 
    • 4) Tuliskan senarai perkara yang perlu dibuat - Dengan menyenaraikan setiap hari perkara yang ingin dilakukan mengikut keutamaan, masa dapat digunakan secara optimum dan lebih terancang.
    • 5) Bersikap fleksibel - Pakar pengurusan masa mencadangkan agar perancangan teliti hanya untuk 50 peratus masa setiap hari manakala baki 50 peratus untuk perancangan yang fleksibel mengikut keperluan. 
    • 6) Tentukan masa produktif - Setiap orang perlu memahami pusingan biologi dirinya agar dapat melakukan perkara-perkara utama pada masa produktif dirinya. 
    • 7) Lakukan perkara yang betul - Peter Drucker menyatakan: `doing the right thing is more important than doing things right.’ Orang



    Image result for mutiara kata

                                                

    Ciri ciri pelajar cemerlang

    Bukan sekadar hanya menaip di blog sahaja tapi ini juga untuk panduan saya . Sekadar ingin berkongsi sedikit sebanyak sebagai seorang pelajar yang ingin berjaya. Semua orang menginginkan kejayaan tapi apakah usahanya berpatutan dengan apa yang diimpikan?Serba sedikit saya hadirkan ciri ciri pelajar cemerlang di blog ini sebagai inspirasi kita untuk terus maju ke hadapan..
    1)Tidak mensia-siakan biar pun seminit
    Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masanya dengan bijaksana seperti belajar  semasa pertukaran kelas, semasa menunggu bas sekolah, sebelum atau semasa makanan dihidang. 

    2)Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
    Amalkan sikap membawa bukuke setiap tempat yang anda pergi. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

    3)Gunakan masa awal pagi
    Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca.  Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

    4)Buat nota ringkas
    Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas.  Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca.  Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda.  Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

    5)Mengikut jadual sepenuhnya
    Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut.  Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat.  Jangan ikut perasaan.  Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggunggjawab terhadap pelajaran.  Pastikan anda peruntukkan masa yang cukup untuk mengulangkaji mata pelajaran.

    6)Mencuba soalan tahun lalu
    Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari.  Ini akan membiasakan diri
    ya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
    Image result for mutiara kata

    Wednesday, 11 October 2017

    Yakin?

    Kebolehan anda mengatasi setiap halangan dalam kehidupan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda terhadap keupayaan diri anda, akan lebih berjaya anda, sesuai dengan kata-kata motivasi ini:

    "Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah."
    "Fikirkan anda boleh atau fikirkan anda tidak boleh, kedua-duanya adalah betul."
    " Fikirkan hal-hal yang hebat, dan anda akan menjadi hebat. "
    "Seseorang itu adalah produk dari pemikirannya. Dia akan menjadi dari apa yang dia fikir."

    "Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang."
    Image result for kata kata semangat