Bukan sekadar hanya menaip di blog sahaja tapi ini juga untuk panduan saya . Sekadar ingin berkongsi sedikit sebanyak sebagai seorang pelajar yang ingin berjaya. Semua orang menginginkan kejayaan tapi apakah usahanya berpatutan dengan apa yang diimpikan?Serba sedikit saya hadirkan ciri ciri pelajar cemerlang di blog ini sebagai inspirasi kita untuk terus maju ke hadapan..
1)Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masanya dengan bijaksana seperti belajar semasa pertukaran kelas, semasa menunggu bas sekolah, sebelum atau semasa makanan dihidang.
2)Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa bukuke setiap tempat yang anda pergi. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
3)Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
4)Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
5)Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggunggjawab terhadap pelajaran. Pastikan anda peruntukkan masa yang cukup untuk mengulangkaji mata pelajaran.
6)Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan diri
ya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
ya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Tips yang amat berguna
ReplyDelete